Ayam baka baik popular

Ayam jantan jenis baka baik


Ayam baka baik popular


Salam,



Ayam baka baik atau ayam Sabung juga Malaychicken panggilan (international)ialah jenis ayam paling popular di Malaysia
Terkenal sebagai ayam paling lasak di dunia dan dipelihara sejak zaman kesultanan melayu lagi
Ayam ini banyak sekali didapati di wilayah semenanjung Malaysia bahkan sampai ke negeri Siam.mungkin kerana negeri Siam adalah sebahagian dari Tanah Melayu(Malaysia) pada ketika dahulu
Ia ialah ayam tempatan Malaysia yang mempunyai berbagai kelebihan tertentu berbanding ayam jenis lain
Kerana apa yang saya katakan disini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri memelihara bermacam jenis ayam
Perkara yang saya tidak suka apabila pelihara ayam ialah apabila ia sering sakit,mati tanpa sebab diketahui,lambat membesar,tidak mengeram,tidak pandai jaga anak dan memilih makanan
Dan saya anggap perkara ini kurang saya hadapi apabila memelihara Ayam baka baik

Ciri-ciri 
Ayam ini boleh kita kenali melalui rupa bentuknya,kita ambil contoh pada ayam jantan_memiliki
Balung batu bukan balung Raja(sisir),warna bulu dari kepala sehingga hujung pangkal ekornya satu warna kecuali lawi dan ekor
Biasanya jika ayam itu memiliki warna bulu hitam atau hijau,warna lawinya pasti merah.pada ekor pula mungkin ada sedikit campuran warna putih
Ayam baka baik yang asli tidak memiliki warna dominon yang bercampur
Jika itu berlaku ia mungkin jenis ayam kacukan



Balung Raja




Kelebihan 
Ketahanan dari serangan penyakit adalah kelebihan utamanya.ia sukar dihinggap penyakit,saya beri ayam ini 8 dari 10 mata ketahanan penyakit
Penyakit ayam yang diketahui seperti Hawa,Selsema,Resdung,
cacing dalam mata,berak kapur,lumpuh ialah biasa bagi mana-mana jenis ayam
Satu lagi kelebihan Ayam baka baik ialah kuat stamina dan agrasif, kerana ini juga ia telah menjadi ayam  pilihan di dunia Sabung Ayam atau laga ayam_salah satu aktiviti yang di banned dan salah pada undang-undang Malaysia pada masa sekarang

Cara pelihara
Ayam baka baik senang dipelihara secara lepas berbanding dikurung didalam sangkar kerana ayam jenis ini tidak cerewet dari segi pemakanan
Walaupun begitu harus diketahui ayam ini mempunyai deria yang lebih sensitif dari ayam lain

Makanan
Makanan ayam ini ialah seperti padi,jagung,beras,sagu,roti,nasi.
Ayam ini juga suka kais makanan sendiri.Cacing ,cengkerik dan ulat gonggok amat disukainya

Keistimewaan Ayam Baka Baik yang lain ialah kecantikannya.ia mempunyai warna bulu yang  bermacam seperti merah,hijau berkilat,hitam berkilat merupakan warna asasnya
Tetapi ada juga mempunyai warna bulu berbeza dari ini seperti Oren,putih,putih berbintik.
Keistimewaan ayam betinanya pula
Ia mengeram dengan baik sehingga telurnya menetas wlaupun telur ayam baka baik tidak banyak purata 6-8 biji bagi seekor ayam betina



Betina


Kekurangan
Dagingnya yang keras untuk kita makan.ha ha,masak lama sikit bos!





Video



Populariti Ayam Baka Baik kebelakangan ini dilihat semakin meningkat  kerana kecantikan rupa-parasnya dan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ayam ini
Ia semakin digilai dan diburu oleh pecinta haiwan ternakan, bahkan harga seekor Ayam Baka Baik yang cantik boleh mencecah ribuan ringgit Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayam ketawa baru belajar ketawa

Ayam laga malaysia original